Saturday 25 April 2015

'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQSPECKI'

klik cepat2....join sama

Assalamualaikum semua dan selamat malam :) haa kali ni aku terjoin  satu giveaway yang gila awesome punya lah orang cakapkan . BOLEH MENANG IPGONE 5S !!!  ,
 giveaway dijalankan bagi memperkenalkan perniagaan online BySyafiqSpecki , jadi jemput sertai,,jom..jom,,jom,,, join sekali kot-kot la dapat hadiah utama Iphone 5s dan hadiah-hadiah lain (WORTH TO RM 1000).

ucapan untuk En Syafiq: 

Berniaga merupakan 9/10 antara punca rezeki... n Encik adalah satu-satunya orang yang terpilih :) semoga bisnes bertmbah maju,murah rezeki, dikenali semua org,,bisnes yang diredhai olehNYA n for d last 1, just create for As long as you serve your customer like a king, you will be royally successful. Good luck in running your new franchisee. ^_^


Hadiahhh : 


GRAND PRIZE :
SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL (WORTH RM1700)

2nd PRIZE :
PILIH MANA-MANA BARANG YANG DIJUAL 
OLEH SAYA DIBAWAH HARGA RM 150 (BOLEH PILIH LEBIH DARI SATU)

PILIH MANA-MANA BARANG YANG DIJUAL 
OLEH SAYA DIBAWAH HARGA RM 100 (BOLEH PILIH LEBIH DARI SATU)

HADIAH-HADIAH LAIN (10 PRIZES)



-TOPUP RM 10 X 5 PEMENANG
-TOPUP RM 5 X 5 PEMENANG

(BANYAK LAGI HADIAH BAKAL MENYUSUL)

MANGSA TAG SAYA ^_^ :




SYARAT DAN TERMA GIVEAWAY INI :

1) Mestilah berusia 11 tahun dan keatas
2) Wajib memenuhi kesemua syarat di atas
3) Giveaway akan tamat pada bila2 masa , pemenang akan disenarai pendekkan dan dipilih mengikut kreatifnya ucapan anda dan top refferal bagi memenangi hadiah             pertama(iphone 5s), kedua dan ketiga . Selebihnya akan dibuat cabutan nombor bagi   
hadiah sampingan (worth 1000)
4) Penyertaan automatik terbatal apabila salah satu syarat tidak dapat dipenuhi
5) Syarat- syarat boleh berubah dari semasa ke semasa (Contohnya : terdapat tambahan blog yang perlu di-follow dan sebagainya)

Friday 24 April 2015

BAD ATITUDE at PREVIOUS SCHOOL


Petang tadi, kawan aku tetibe post 

Duk degree nak undur time diploma, time diploma dlu nak time skolah, time sekolah nak time tadika, time tadika?? haha,.. (lebih kurang camtu la) tapi memang betul pun kan?? andai boleh undur masa..huhu

Yang paling best sekali time sekolah menengah form 4 & 5.. nak tahu aku sekolah kat mana dulu,,? Sekolah Menengah Teknik ............................  dirahsiakan, huhu..sekarang dah naik taraf jadi Kolej Vokasional..

Kat sana, lepas habis PMR, aku buat keputusan nak belajar sekolah teknik, aliran teknik iaitu Civil Engineering.. aku ni sebenarnya teramatlah nakal, 

bagi insan yg duk tganung, kelate.. mesti faham..huhu,,



pengalaman yang aku xboleh lupa sampai sekarang 

~ 1 sekolah dengar nama aku ngn member aku kat atas tu, announcement satu sekolah.. nama penuh pulak tu, bukan sekali,3,4x kena panggil.. aku time tu duk hostel.. dengan malasnya ponteng kelas.. kiteorang tak terus pergi time kena panggil tu, lepas cikgu Kimia aku datang sendiri  jemput aku dalam DORM baru aku kalut nak keluar..kena cubit kat perut,,ingat lagi ..teroknyee,, perangai aku,,

~ Class 1st Technical Drawing.. dah kena tawaf blok, SEBAB lipat kertas Drawing, yela,mana la aku tahu, tak boleh lipat kan.. yang teruk 1 class kena.. lepas tu, bayangkan 1st class, sorang classmate aku, lelaki.. kena tampar..kuat,, aku ingat sampai sekarang.. memang tahap trauma

~cikgu tu sampai kesudah garang,,huhu, selalu kena rotan, sebab drawing xcukup markah, 1 salah 1 rotan,,haha,,dengan air mata meleleh aku tadah tangan nak habiskan sisa2 baki hukuman.. dan sampai sekarang aku guna ilmu tu sampai degree,,, TECHNICAL DRAWING.. sebab cikgu ni la yang ajar aku tau tak,, sebab aku kena rotan la,,jadi pandai sikit,,haha

~time assembly aku suka ponteng.. kat surau, tapi tak pernah tertangkap, sebab cikgu disiplin fokus kat budak laki je time tu..aku duk surau pempuan.. kelas tak payah cakap la..

~yang ni bukan aku yang kena, kawan aku.. dia g mana entah.. meja dia kena angkut letak kat luar kelas... haha.. 

~ yang paling sedih, aku kena pinggg  depan sume student asrama form 4 n 5 dengan warden asrama aku + cikgu bahas aku, sebab aku g bukak tv time study,,  aku time tu form 5

~ Time form 5, aku dapat duk bilik anak emas, sebab result aku ok sikit kot, bilik anak emas tu.. aku tak payah study kat blik study macam student lain, sebab meja disediakan dalam dorm. Petang-petang pun, kadang bangun tido ada makanan atas meja study, anak emas habis la, 

~ Enset banyak kali kena rampas, tak payah cite la,,, korang pun pernah kn?

~ Biasa la,time skolah cinta monyet, yang tu xpayah story..huhu.. siap main kejar dengan cikgu disiplin lg, 

~ Perangai teruk aku lagi, kalau cikgu yang jenis baik,, time masuk aku sedar la,, time habis waktu,, sies, aku pun tak tahu bila habis masa..tambah2 subjek Sejarah ngn Bm time tu. Cikgu sejarah tu mak angkat aku, selalu je aku kena banding ngn anak angkat dia sorang lagi budak vokasional.. tu la, aku pun sedar, walaupun aku budak teknik,, sejarah aku memang selalu low dari budak vocabbb tu..

~ Subject Math dan ADD math paling aku tak suka.. aku pun tak tahu aku suka subject apa.. sampai sekarang.. aku selalu kena Rot__n... bukan kat tangan wehh.. belakang,, bayangkan bulu ayam besi tu.. boleh bengkok... 

dan banyak lagi la,,, hurmm, dah habis sekolah tu, dapat result,target memang hancuss, kalau target aku tak pe, target cikgu yang harap aku dapat tinggi,, hurmm.. memang kalau boleh nak undur balik masa, muhasabah diri, ape aku dah buat kat cikgu-cikgu time tu.. Tp time tu la kita tengah nak up..kan? dan yang paling best antara tempat aku belajar.. kat situ la.. 
Alhamdulillah, semua classmate aku yang nakal2 dulu,, totally berjaya, kerja best-best.. dan separuh lagi macam aku berdegree..  Alhamdulillah, budak nakal tu sekarang dah pun kat menara yang xberapa nak bergading,,, huhu,, 

haaa,, yang duk sekolah lagi tu, jangan noty sangat.. biasa la, time muda remaja ni, tambah++ zaman sekarang ni.. aku dulu mana kenal lagi blog2 time tu,, haha.. masih duk kat zaman kuno lagi.. motif aku cerita?? aku rindu sangat-sangat time tu,, :( 






Tuesday 21 April 2015

CARA NAK SCREEN CAPTURE LAPTOP MUDAH :)



Memandangkan hari ni aku terjumpa cara baru yg senang nak sreen capture laptop... aku nak share,, ingatkan susah..huhu,, sangat senang rupanya, cara dia.. sape ada photoscap awak bukak jer photoscape tu. Yang terkial2 aper tu photoscape?? apakah?  menatang hape tu?xdak pon ? kekeke. oke, kalau takdak awak download kat SINI 

oke dah ada kan ? awak bukak photoscape tu , pastu awak amik screen capture (rujuk gambar 1) . then dia akan naik satu table(rujuk gamvar 2) . kat situ ikot suka awak lah nak capture Full screen ke ? Capture window ker and apa2 je lah . lepas dah klik awak kembali ke photoscape awak then awak akan nampak lah gambar yang awak capture tadi tu (rujuk gambar 3) . pastu ikot suka lah awak nak crop ke apa ke . pastu save . pastu buat macam biasa lah kalau nak upload letak dlm blog . ape tak faham ? cer tengok gambar kat bawah ni,,,

gambar 1


 gambar 2



 gambar 3 : ini contoh aku capture full screen blog aku




lepastu macam biasa , save dan untuk uploadkan ke blog buat macam cara biasa korang buat tu kay .

now,,have done,,,, mudah sangat2... jom pakat try... hee... semoga bermanfaat tuk korang..


Saturday 18 April 2015

Resepi Yang Boleh Di Hasilkan Dengan Periuk Nasi,,

Selalunya, periuk nasi digunakan untuk memasak nasi sahaja.
Tapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa pelbagai resepi yang anda boleh hasilkan dengan periuk nasi anda itu.
Yang paling penting, resepi-resepi ini tidak melibatkan nasi langsung.
Hurm..Bagaimana tu?
Jom lihat resepi apa yang anda boleh cuba di rumah, dengan menggunakan periuk nasi anda!

1. Macaroni cheese

38659_593
Bagi mereka yang sangat gemarkan masakan western, anda boleh cuba resepi Macaroni Cheese ini. Cara menyediakannya sangat mudah.
Bahan-bahan:
2 cawan ‘macaroni’
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 1/2 cawan keju yang telah dicincang halus
Cara menyediakan:
Masukkan ‘macaroni’, stok ayam dan garam ke dalam periuk nasi untuk dimasak selama 15 minit. Kemudian, masukkan susu dan keju, kacau sehingga sebati, tutup tudung periuk dan masak untuk 20-30 minit. Periksa Macaroni Cheese anda sekali sekala sehingga betul-betul masak.

2. Kek Pisang

banana-bread-600
Mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu, periuk nasi boleh digunakan untuk membuat kek.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang di lenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak
Cara menyediakan:
Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek, mentega, susu dan telur. Kacau sehingga adunan menjadi tebal dan berkrim. Anda juga boleh masukkan bahan pilihan anda seperti kacang atau buah-buahan kering.
Sebelum masukkan adunan ke dalam periuk nasi, sapukan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Periksa adunan anda sehingga ia benar-benar masak.

3. Puding Pisang

banana-pudding-gallery0809
Jika anda inginkan pencuci mulut, anda boleh mencuba resepi puding pisang.
Bahan-bahan:
30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik
Bahan-bahan untuk sos karamel:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega
Cara-cara menyediakan:
Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.
Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.
Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod “warm”, rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.
Cara menyediakan sos karamel:
Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.
Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau “whipped cream”.

4. Bibimbap

enhanced-buzz-21256-1365021067-19
Bagi mereka yang meminati makanan Korea, anda boleh menghasilkan ‘bibimbap’ dengan cara yang mudah. Tapi, untuk masakan ini, anda perlukan nasi kerana tanpa nasi, ia akan hanya menjadi “bibim”, bukan?
Bahan-bahan: 
280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan
Cara menyediakan:
Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.
Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.
Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

5. Oat Badam Vanilla

Vanilla-Almond-Granola-Vegan-Gluten-Free-7
Untuk sarapan, anda boleh cuba sarapan Oat Badam Vanilla yang menyelerakan ini!
Bahan-bahan:
1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
‘Maple syrup’
Cara menyediakan:
Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan ‘setting’ bubur.
Hidangkan, taburkan ‘topping’ pilihan anda di atas.

6. Tofu bersama Asparagus

1319075109RiceCookerAsparagusTofu
Untuk mereka yang inginkan makanan sihat tetapi lazat, anda boleh mencuba resepi Tofu bersama Asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.
Bahan-bahan:
1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu
Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

7. Kek coklat

03-Rice-Cooker-Chocolate-Cake
Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air
Cara menyediakan:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.
Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

Friday 17 April 2015

SEGMEN REVIEW BLOG BY OMBAK BERGIGI


Caranya mudah :



1. Follow [ BLOG ] OB.

2. Buat entry bertajuk " SEGMEN REVIEW BLOG BY OMBAK BERGIGI ".

3. Letak banner dekat entri.
(klik banner, bawa/drag ke entry anda dan paste)

Nota Gigi: Bila dah klik banner, copy Url HTML (website/Blog), 
takpon boleh copy image dan paste ke entri anda.

4.  Backlink kat ke sini, * jangan lupa * 

5. Publish !

6. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

Special Untuk Anda :

3 Blog Terawal , 3 Blog Tengah2 dan 3 blog Terakhir akan direviewkan.

Satu Blog Special (random) akan direviewkan juga.

Mudahkan? Jom meriahkan segmen OB. Selamat Bersegmen.

Tarikh Tamat : 23 April 2015 jam 11.59 malam.

Simple Anniversary Blog Giveaway by Arrien


Assalamualaikum :)
[CLICK BANNER TO JOIN!]
Simple Anniversary Blog Giveaway dianjurkan oleh Arrien Amani sempena meraikan Ulangtahun Blog Arrien Amani yang ke-5. GA disponsor oleh Arrien | Mama darwiish | Nur Azizah. Pemilihan pemenang berdasarkan Top Refferal & Random. Jadi jom kita meriahkan Simple Anniversary Blog Giveaway by Arrien.! Giveaway berlangsung dari 8/4/2015 - 8/5/2014. 
Url Instagram:https://instagram.com/tiqaamiyaka/
 8 Pemenang bertuah dicari!

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA


JOM RAMAI2 JOIN GIVEAWAY,,, 
SAJE JE SUKA2...budak baru nak up la katakan,,hadiah2 dia menarik tau... ^_^

Hadiah:

1.  Majalah Anjung Seri bulan Mac 2015 x 1 pemenang
2. Majalah Anjung Seri bulan April 2015 x 1 pemenang
3. Majalah Jelita bulan Mac 2015 x 1 pemenang
4. Majalah Jelita bulan April 2015 x 1 pemenang
5. Majalah Mami & Baby Mac 2015 x 1 pemenang
6. Majalah Mami & Baby April 2015 x 1 pemenang
7. Majalah Time bulan Mac 2015 x 4 pemenang
8. Majalah Time bulan April 2015 x 2 pemenang


9. Instant Shawl x 3 pemenang



10. Batik Sarawak x 2 pemenang




11.  Table Runner x 2 pemenang





12. Tissue Box Hanger x 2 pemenang





13. Hanging Accessory Organiser x 1 pemenang





14. Towel Hanger x 4 pemenang







15. Microfibre Wrap x 1 pemenang




16.  Storage Box x 1 pemenang





17.  Stoking Mariam x 1 pemenang





18. Stoking Silvy x 1 pemenang





19. Key Holder x 4 pemenang




20.  Key Chain x 11 pemenang





pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2015......jom join ramai-ramai.....semoga aku terpilih,,, happy kan berblogging sebenarnya.