Sunday 22 May 2016

CATIA FINAL (INDUSTRIAL DESIGN)



Sebelum benda ni diabaikan, hilang entah kemana baik update kat blog.. Ni adalah salah satu hasil semester ini.. subject Advance CAD (CATIA) siapa tahu software ni?? benda ni lebih kurang Auto Cad,, Auto Cad lebih familiar kan? Sebab aku sendiri sebelum masuk degree ni, tak tahu pun wujudnya software ni.. Dulu diploma Civil Engineering pun AutoCad je habis-habis, itu pun macam tak Fully belajar. Bersyukur sangat-sangat masuk sini.. macam-macam boleh belajar, memang tak salah Kos.. Dan sorang my classmate semester ni dah dapat 18K, menang competition design . Congretss,






Catia ni, bukan boleh buat cartoon macam kat bawah ni je... macam-macam, boleh bukak
 SINI


Mechanical engineering
Design
Systems engineering
Electrical systems
Fluid systems

Industries
Aerospace
Automotive
Shipbuilding
Industrial equipment
High TechEnergy
 Process & UtilitiesEnergy,
 Process & Utilities
Architecture

CONTOH-CONTOH YANG MENGGUNAKAN SOFTWARE CATIA (BOLEH TGK SINI)




comel tak saya??hee dah siap render










dah siap masukkan background, rendering,


#THANKS FOR READING BLOG PINKY ^_^  ni antara salah satu, yang tutorial tu, insyaALLAH,, ada masa update.

dan yang paling penting, thanks a lot kat TINA SUPINAH, pinjamkan lappy, sebab lappy aku Catia wat hal time ni,, n byk tlg sem ni,,tadaa


 



Tuesday 17 May 2016

MINIMALIST SAKURA RACK


Assalamualaikum... I got it! finally.. Project 1st dah berakhir dengan jaya gemilangnya, + sangat teruk kena kritik time assesment., DOWN seketika. move on la sejam dua, then teringat balik sedih. Btw, Alhamdulillah.. da sampai tahap ni. Kalau nak tahu aku give da tahap ape da, rasa nak berhenti belajar pun ada.. Ya ALLAH, macam tak percaya..tut..tut da siap even result tak keluar lagi Puan Tiqa oii.. 


Perit tahu tak nak siap benda ni, berapa step nak kena lepas.. 


Reserch
Report
Sketching - 4 step utk Dr pilih. Setiap 1 step at least 15 sketch.
Mock-up
Technical Drawing
tak lepas, drawing kne conteng sebab ukurang dlm cm... buat balik
Then lappy wat hal
install balik software, buat balik, CAD pakai Solid Works
Oleh kerana nak potong laser perspek,  Tukar la semua benda alah ni ke Auto Cad, 
Then mesin laser kat bengkel rosak,
Carik kedai ptong, kedai tak pakai software dua tu, yer pakai Corey Draw
Last2 aku print technical drawing terus, mintak kedai tu potong
Dah ambik banyak masa kat situ, tuhan je tahu,, nk assembly tu satu hal, yang tu tak payah cerita, sadis, tak tido lebih seminggu..
Then finally..

Rendering
Video Animation
Panel

Kos keselurahan tak kira 

Potong Laser : RM 220
Print Panel : RM 50
Spray : RM 119

+++++  Paip dan segala bagai lagi beli kat hardware..  Thanks my husbnd, sanggup datang studio tolong.. Inilah nasib dapat wife student, haha, dah la habiskan duit, tenaga lagi.


Thank you for reading this entry !

Mural Amal FSTK









Laman Sosial tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang

Gaiss,gais

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.

Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang..

“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”.

Kadang-kadang, aku rasa bersalah bila orang cakap,

“Bestnye dapat husband sweet, bestnya makan mewah,bestnya muka tak de jerawat .”

Seolah-olah aku ada kehidupan yang sangat sempurna! NO!

Kita hanya pelakon, tetapi ada jugak yang membusy body.. huhu.. Eh pakai duit maskawin ke buat itu ini.. ALLAH, sampai kesitu.. Bestlah dah kawin, suami tanggung.., sebelum kawin lagi aku dapat dua sponsership,dari en tunang,dari my mum.. tak sabit langsung dengan kawin..

Berapa ramai yang tahu selama ini, sebelum husband aku pakai vios,swiss, kami hanya naik motor LC yang aku bawak sekarang tu duu, huhu, dia sanggup datang Shah Alam dari KL. Tapi tak couple lagi,tak tunang lagi masa tu.. Berapa ramai yang tahu sebenarnya bukan senang nak senang,

Ada yang berkata, kenapa tak pergi honeymoon oversea,,walawehh.... orang yang tak matang akan fikir pasal kehendak,keiinginan, tapi bukan  keperluan.. siapa tak nak? Kata husband, InsyaALLAH,dua tahun lagi beli rumah sendiri.. Amin.. Seriously, mas kahwin, aku tak usik,my family pun tak usik,,apatah lgi my husband.  itu untuk aset kami. InsyaALLAH. Pernah husband excident, baiki kereta, ada yang bertanya pakai duit tu ke.. dalam hati ni mampu istigfar je.. Oppss,, aku dah kawin, nikah khitbah. nikah sambil belajar.. nak sanding pun tak sempat busy, mengalahkan menteri,jadual pack.. bukan senang menjadi pelajar design yang hampir tak tidur tiap malam. tambah lagi jawatan majlis perwakilan pelajar universiti. Respect habis kat husband,sanggup sabar.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.

Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
yeaaaa,, cinta halal.



Thursday 12 May 2016

CARA MUDAH HAFAL SIFIR

Assalamualaikum,,,, terjumpa benda ni, terus ambik untuk nak share, semoga bermanfaat.. sebab zaman aku dulu tak de semua  ni, da la jenis otak slow motion, tak tahu macam mana blh lepas ambik engineering time diploma du..hahahaha. sebab sifir pun tak habis hafal..

Kalau ada adik-adik, boleh ajar, aku dulu, buku tulis yang ada sifir kat blkang tu, gunting ltak lam pecil box.. hilang, buat lagi,,, 






Industrial Design 1 rendering



Alhamdulillah dah lepas project 1st... Penat lelah selama satu semester.. tak tidur lebih dari seminggu sampai subuh berjaga.. tapi tipu la oit tak tido langsung... studio tu ada la tempat solat.. untuk aku tumpang tido sekejap-sekejap..


Ni yang rendering, nnti aku update yang real punya.. yang ni dah satu hal dah. pakai Solidworks, Autocad.. baru boleh nak render masuk warna camni,, siyess memang kena update, nnti hilang main simpan, laptop kne format..hard disk rosak, dropbox penuh..