Tuesday 5 December 2017

PREGNANT DAN FULL TIME STUDENT

Assalamualaikum wbt..

Lama tak bersiaran,,, Dari pregnant, dari honeymoon lg, tak sempat nak update, Harini, mood happy sedikit sebab Project dah siap, tunggu exam, kerja-kerja lain, nak story pengalaman sebagai isteri, bukan sekadar isteri.. dah jadi mummy kepada seketul awisy yang handsome.. Awisy nanti kita update next post..

Pregnant time belajar, kalau belajar subjek lain takpe yunk, Siapa tahu Industrial Design.. Mak aiii.. subjek bengkel. Alhamdulillah.. dipermudahkan segalanya, + dengan lecture yang TAK MEMAHAMI, sakit sangat.. ada je yang memahami, alhamdulillah..

Part sedih, happy semua ada, yela 9 bulan 10 hari genap duduk berjauhan dengan suami, duk asrama UniSZA, bukan tak jumpa terus, kadang seminggu sekali, kadang 2 minggu sekali.. 5 bulan keatas tu, sedih lagi, roommate pulak extend study, time ni la nak kenal kawan ke tak.. Alhamdulillah, husbang ada belikan kereta dari awal tahu wife dia pregnant, time sorang-sorang pun tido, tak de masalah, perut sakit and so on.. THANKS GOD.. 

Time rasa nak makan ape-ape, just cari je gerak sorang-sorang, tak nak menyusahkan kawan, ehhh kawan tak teman ke tido malam-malam... NOPPP hahaha,, tak kan la aku nak ajak pulak,, kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa.. Kadang jatuh rebah menagis... sedih,,, hahaha.. nampak happy always, happy go lucky.. bukan tak de yang temankan terus,, ada,,kadang sampai 2,3 pgi,, sebab stay up malam, over night ... kos design ni faham-faham la,...

Dapat suami yang sgt baik, ikut je wife nak makan apa, sebab tu badan dari 50 sampai 68kg,,hahaha...





Time semester 5, last project. dalam 4 bulan kot time ni pregnant



Time buat research FYP exibition design


7bulan kot time ni

mak aiii... gemuk sgt time ni

sehari sebelum kene tahan wad nak bersalin

time buat research untuk FYP... semester 6, alhamdulillah,,, sekarang da siap model making
Selepas Pantang,,, i got my shape again,,, yuhhuuu



Tuesday 31 October 2017

MAKANAN BAYI 6 BULAN


Resepi Makanan Bayi 6-12 Bulan


Assalamualaikum
Bila baby dah menginjak usia 6 bulan, mula la kita nervous nak bagi makan apa. Balik-balik makanan yang sama. Jom tengok antara resepi yang ibu boleh buat

Puree Betik

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: Tak Perlu
Cara Penyediaan : Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit, namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

Puree Epal dan Mangga

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 9 minit
Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil
Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend sehingga lembut. 

Puree Brokoli

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 20 Minit
Cara Penyediaan: Stim brokoli sehingga lembut. Boleh juga direbus tapi nanti khasiatnya turun ke air, rugi sikit la.

Masukkan brokoli yang dah lembut tadi ke dalam blender dan tambahkan sedikit air yang digunakan untuk stim tadi. Blend sehingga lembut. Tada! Siap!


Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.


Namun begitu brokoli boleh menyebabkan kembung. Bukan sahaja baby malah orang dewasa macam kita pon boleh kembung, jadi jangan ambil dengan kuantiti yang banyak.


**Seperti yang telah dibincangkan sebelum ni, untuk campurkan apa jenis makanan sekalipun pastikan baby kita telah lulus 4-days-rule ye. Ini untuk memudahkan kita detect sekiranya berlaku alahan pada baby kita



Asparagus dan Puree Epal

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: 5 minit
Bahan-bahan: 1/2 biji epal yang dipotong kecil, 4 batang asparagus
Cara penyediaan: Masukkan epal dan asparagus ke dalam kuali yang mengandungi air, panaskan dan kacau sehingga empuk. Blend sehingga lembut. 

Asparagus mengandungi khasiat yang sangat banyak. Termasuklah inulin, sejenis bahan yang tidak akan terhadam di dalam perut dan menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik dalam perut

Puree Pisang, Peach dan Stawberry

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 2 minit
Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.
Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend dan siap!

Kesemua puree ini boleh diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan disimpan dalam freezer untuk digunakan pada hari lain. Treat makanan baby dalam freezer seperti EBM (expressed Breast Milk) ye =)



Wednesday 22 March 2017

fasilitator ijazah 2015/2016


Assalamualaikum,,, pengalaman, demi pengalaman... alhamdulillah...

Seperti biasa,, rasanya ini kali ke 2, aku menjadi fasi,, sebab kali pertama sangat best, tapi berbeza kali ke 2 ni,,, sangat penat.. bila ditugaskan di unit disiplin,,, Allah je tahu,, tahap penat dah macam ape.. bangun paling awal,,tidur paling lambat.. itulah disiplin..

Tambah-tambah lagi pukul 5 pagi kalau xsilap,, 4.30 dah kena bangun untuk kejutkan adik-adik dengan siren, sampai tingkat 4 panjat sebab ada yang slow... kena hantar ke surau, ambik balik.. kena hantar ke dewan... dengan berjalan kaki,,,













Sebenarnya kalau nak diceritakan panjang lebar lg boleh cerita.. huhu,, setakat ini sahaja, agar kenangan ni xluput di ingatan....

Ingatkan lepas je fasi kali ni,, dah tak nak jadi fasi... but,, hidup aku berubah 100% selepas tu,,, dan menjadi Majlis Perwakilan Pelajar,,,huhu..