Tuesday 31 October 2017

MAKANAN BAYI 6 BULAN


Resepi Makanan Bayi 6-12 Bulan


Assalamualaikum
Bila baby dah menginjak usia 6 bulan, mula la kita nervous nak bagi makan apa. Balik-balik makanan yang sama. Jom tengok antara resepi yang ibu boleh buat

Puree Betik

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: Tak Perlu
Cara Penyediaan : Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit, namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

Puree Epal dan Mangga

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 9 minit
Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil
Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend sehingga lembut. 

Puree Brokoli

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 20 Minit
Cara Penyediaan: Stim brokoli sehingga lembut. Boleh juga direbus tapi nanti khasiatnya turun ke air, rugi sikit la.

Masukkan brokoli yang dah lembut tadi ke dalam blender dan tambahkan sedikit air yang digunakan untuk stim tadi. Blend sehingga lembut. Tada! Siap!


Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.


Namun begitu brokoli boleh menyebabkan kembung. Bukan sahaja baby malah orang dewasa macam kita pon boleh kembung, jadi jangan ambil dengan kuantiti yang banyak.


**Seperti yang telah dibincangkan sebelum ni, untuk campurkan apa jenis makanan sekalipun pastikan baby kita telah lulus 4-days-rule ye. Ini untuk memudahkan kita detect sekiranya berlaku alahan pada baby kita



Asparagus dan Puree Epal

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: 5 minit
Bahan-bahan: 1/2 biji epal yang dipotong kecil, 4 batang asparagus
Cara penyediaan: Masukkan epal dan asparagus ke dalam kuali yang mengandungi air, panaskan dan kacau sehingga empuk. Blend sehingga lembut. 

Asparagus mengandungi khasiat yang sangat banyak. Termasuklah inulin, sejenis bahan yang tidak akan terhadam di dalam perut dan menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik dalam perut

Puree Pisang, Peach dan Stawberry

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 2 minit
Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.
Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend dan siap!

Kesemua puree ini boleh diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan disimpan dalam freezer untuk digunakan pada hari lain. Treat makanan baby dalam freezer seperti EBM (expressed Breast Milk) ye =)