Wednesday, 14 September 2016

Kahwin Semasa Belajar , Kebahagiaan dan Ujian

Assalamualaikum,, 


Sebelum masuk belajar lagi aku dah sedia maklum tunangan orang, igatkan dah
 tak nak sambung degree. Dan bila dah bertunang tu agak lama la jugak, 
nak masuk dua tahun kot.

Tengah belajar, dan sem 4, kebetulan adik aku pun nak kahwin katanya,,
then aku mintak lah  NAK KAHWIN dekat Mak aku, lagi-lagi masa tu aku 
memang masih lagi BERSTATUS SEORANG PELAJAR UniSZA Gong Badak, 
Mak aku TOLEH BANYAK KALI tengok kat aku. Hehehe. Mungkin agaknya Mak ingat, 
anak dia ni cuma main-main dan sekadar bergurau. =_=

Bila aku buat muka serius, baru Mak amik serius. ( Kau ingat senang ke nak mintak 
kahwin kalau kau tengah belajar? Kena bagi alasan yang kukuh tahu? =_= )

Sebenarnya, aku sendiri pun tak pernah terpikir yang aku akan kahwin dalam usia 23 tahun 
dan masih belajar. Tapi, orang kata, JODOH DAH SAMPAI kan? Terima je lah. 
Lagipun, masa tu aku pikir sebab LAKI AKU DAH KERJA dan DAH ADA KEWANGAN 
YANG STABIL, takde apalah yang nak dirisaukan sangat. Kan? Dah rasa hidup terjamin kat 
situ.

Aku sekarang ni dah 9 bulan  kahwin, dengan status nikah khitbah sebab nak 
langsungkan majlis dengan adik aku, time tu kawan classmate aku,bestfrend aku ajk 
kahwin tarikh sama,, BETUL KE?? time tu dalm 3 bulan kot dari tempoh tarikh aku akad 
nikah 15/1/2016.. ingatkan nak buat majlis terus, tapi time tu bukan cuti sekolah, bukan 
cuti umum,, just CUTI SEMESTER dua minggu, saudara mara memang ramai tak boleh 
datang kan,, tapi time akad nikah tu SEKAMPUNG jugak mak aku jemput orang, yela, 
tak ajak yang ni, ajak yang ni,,yang ni terasa,, so ajk la semua,, khemah memang xde, 
rumah penuh,, huhuhu,, sebab akad kat rumah,,. Sepanjang bergelar pelajar dan 
seorang isteri pada yang masa, aku rasa, segala perjalanan dipermudahkan olehNya 
walaupun ada ranjau sikit-sikit.

Itu memang tak boleh nak elak lah kan. ( Kena ingat, pasangan baru kahwin ni biasanya 

akan diuji oleh DIA. ) 
dan dalam masa yang sama aku MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2015/2016..  
Organisasi tertinggi di sesebuah Universiti.. ALLAH je tahu... 

Bangga? Mestilah aku bangga sebab tak semua orang ada 
SIJIL HALAL YANG DIIKTIRAF oleh JABATAN AGAMA ISLAM! Hahahaha. 

Kalau kawan-kawan kelas aku yang lain, mesti habis nanti memasing dah sibuk sana-sini 
cari kerja, pergi interview dan mestilah jugak ada yang siap cakap : 
" Dah kerja nanti, nak kumpul duit, nak kahwin! " . Hehehe.

Boleh kata, majoriti pasangan yang bercinta, memang tak berani nak ambil 
risiko kahwin masa masih berstatus pelajar. Sebab dalam kepala, 
TAKUT TAK TERKEJAR MASA & DIRI SENDIRI TAK TERURUS. 

Yelah, mana nak layan isteri atau suami, mana nak buat assignment, mana nak pergi 
kelas, tambah-tambah lagi, kalau masa tu isteri mengandung dan dapat anak. Nak layan 
karenah anak lagi. Dalam kepala otak mesti dah terpikir : 
" Serabutnyaaaaaaaaaa hiduppppp!!! " . =_= dan aku disahkan pregnent,, next episod ok,,

Pada aku lah kan, kahwin semasa tengah belajar lagi ni, untuk yang perempuan, 
memang ok. Tapi kalau boleh, yang perempuan tu, biarlah suami dia tu BUKAN 
SEORANG PELAJAR jugak sebab orang lelaki, kena ingat, lepas kahwin, 
tanggungjawab yang kena pikul tu, lagiiiiiiiii besar!!! 

Lagi-lagi SOAL NAFKAH. Yang lelaki, kalau kau kahwin, kau tengah belajar dan 
tak bekerja, macam mana kau nak tanggung anak bini? Itu belum kira lagi kau 
kena bagi duit belanja dekat mak ayah kat kampung. Takkan kau nak tanggung 
semua tu PAKAI DUIT PTPTN kot? Tak pun pakai biasiswa? Macam tu? 0_o

Pihak lelaki, kalau nak kahwin pun, mungkin boleh. Itupun kalau kau ADA 
KERJA SAMPINGANataupun kau ada AMIK JOB LUAR ataupun ADA BISNES SENDIRI 
dan rasa kewangan kau tu cukup untuk tanggung hidup anak bini. Kena ingat, KEHIDUPAN 
LEPAS KAHWIN adalah yang PALING MENCABAR.

Sebab sebagai suami, kau kena sediakan tempat tinggal, makan pakai, dan segala 
kemudahan yang lain. Kalau kau anak orang kaya, takpelah kot sebab mungkin mak 
ayah kau nak tanggung hidup kau lepas kau dah kahwin. ( Aku pernah jumpa dah orang 
macam ni. Si lelaki anak orang kaya. Lepas kahwin, setiap bulan mak ayah bagi duit 
belanja untuk tanggung anak bini sampai lah lelaki tu habis belajar. )

Setakat ni, aku memang BELUM PERNAH JUMPA lagi, pasangan yang sama-sama 
masih belajar dan berkahwin dan dari golongan orang biasa. Mungkin ada. Atau korang 
dah pernah jumpa? Maybe ada di kalangan kawan korang? Hmmm. 0_o ( Kalau ada, cuba 
cerita sikit macam mana dorang survive hidup lepas kahwin tu dengan dua-dua masih lagi 
berstatus seorang pelajar sahaja dan lelaki tu tak kerja. )

Tapi kannnn ...

Benda ni sebenarnya, jodoh jugak. JODOHKAN KERJA TUHAN. Kalau dah memang si 
polan dengan si polan ni dah ditakdirkan menikah masa dua-dua masih belajar, 
siapalah kita kan nak menolak ketentuan yang telah ditetapkan olehNya? Ye dok?

Kalau kes macam ni, kena amik sebagai cabaran dan dugaan dalam hiduplah. 
Takde pilihan lain. Memanglah kita boleh cakap : " Ahhh taknak kahwin masa belajar. 
Nanti nak kena kerja part time lah, apelah, itulah, inilah. Penattttt! " . T___T

Tapi kalau JODOH KAU MEMANG DAH TERTULIS DEKAT LOH MAHFUZ yang 
kau disahkan menikah masa kau tengah belajar, memang kena redha je. 
Kena persiapkan diri dan segi fizikal dan mental. Yang penting, dua-dua kena 
SALING MEMAHAMI









Jangan dah kahwin nanti, yang si bini, dah tahu laki kau belajar lagi dan bersusah 

payah kerja part time nak tanggung kau, cukup bulan kau pegi mintak laki kau BELIKAN 
HANDBEG 'SIARAN' pulak! Memang nak kena lempang lah kan? Huhuhu. =_=

Untuk sang lelaki yang merancang nak melamar pujaan hati yang sama-sama belajar 
dengan korang, pikirlah dengan sebaiknya. Andai memang dah jodoh korang, banyakkan 
memohon keredhaanNya dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan olehNya. 


Hari Akad Nikah 15/1/16 ( JUMAAT)
















































Juga berdoa semoga kalian berdua tabah dan sabar yang amat dalam mengharungi 

dugaan dan cabaran dalam rumahtangga ketika masih lagi mempunyai tanggungjawab 
sebagai seorang pelajar. Ok?

Kadangkala, kita kena berpikir positif. Lagipun, KAHWIN ni kan dah dikira KITA BERIBADAH 
kepadaNya. Kan?

Apa yang boleh aku cakap berdasarkan pengalaman aku kahwin masa aku masih belajar 
lagi, aku rasa SERONOK, BEST, SYOK GILA dan segala perasaan lain! Lagi satu, 
sebab kita jadi lain dari yang lain. 

Alhamdulillah positive preggy, 
Mantan MPP UniSZA 2016/2017