Gaiss,gais
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang..
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”.
Kadang-kadang, aku rasa bersalah bila orang cakap,
“Bestnye dapat husband sweet, bestnya makan mewah,bestnya muka tak de jerawat .”
Seolah-olah aku ada kehidupan yang sangat sempurna! NO!
Kita hanya pelakon, tetapi ada jugak yang membusy body.. huhu.. Eh pakai duit maskawin ke buat itu ini.. ALLAH, sampai kesitu.. Bestlah dah kawin, suami tanggung.., sebelum kawin lagi aku dapat dua sponsership,dari en tunang,dari my mum.. tak sabit langsung dengan kawin..
Berapa ramai yang tahu selama ini, sebelum husband aku pakai vios,swiss, kami hanya naik motor LC yang aku bawak sekarang tu duu, huhu, dia sanggup datang Shah Alam dari KL. Tapi tak couple lagi,tak tunang lagi masa tu.. Berapa ramai yang tahu sebenarnya bukan senang nak senang,
Ada yang berkata, kenapa tak pergi honeymoon oversea,,walawehh.... orang yang tak matang akan fikir pasal kehendak,keiinginan, tapi bukan keperluan.. siapa tak nak? Kata husband, InsyaALLAH,dua tahun lagi beli rumah sendiri.. Amin.. Seriously, mas kahwin, aku tak usik,my family pun tak usik,,apatah lgi my husband. itu untuk aset kami. InsyaALLAH. Pernah husband excident, baiki kereta, ada yang bertanya pakai duit tu ke.. dalam hati ni mampu istigfar je.. Oppss,, aku dah kawin, nikah khitbah. nikah sambil belajar.. nak sanding pun tak sempat busy, mengalahkan menteri,jadual pack.. bukan senang menjadi pelajar design yang hampir tak tidur tiap malam. tambah lagi jawatan majlis perwakilan pelajar universiti. Respect habis kat husband,sanggup sabar.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
No comments:
Post a Comment