Thursday, 26 March 2015

UJIAN FIZIKAL,PANCAINDERA DAN KECERGASAN PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29



Cer, cer tengok tajuk tu.. 24/3/15.. aku dengan gigih bangun pagi ke tempat kejadian.. haa kat mana? Jabatan bomba dan penyelamat negeri Terengganu, kat bukit kecil..

Sebab time ni aku dari kampung, memang bertolak awal la jugak lebih kurang pukul 6.20 am, sebab ujian n pukul 8 dah kena ada kat sana. Alhamdulillah selamat sampai,Then tibalah masanye budak katik ni nak kerja bomba la kononye,,huhu 

  • First sekali beratur untuk ambil boring maklumat diri dan saksi, diorang bagi masa untuk kiteorang isi lepas tu.Kemudian serahkan balik kat pegawai-pegawai yg berkenaan
  •  Lepastu , kena beratur (dengar taklimat) ada la sorang wakil pegawai tu, bagi taklimat dari A-Z.. siap cerita lepas dah dapat jawatan ni kerja macam mana,  meh aku nak kabo.. bunyi macam best je kan, lepas latihan , samaada akan jadi pegawai kanan / ketua kat mana balai-balai kecil. Tapi tugas dia tengah-tengah, padang pun kena turun. Kat ofis pun jadi.
  • Dilarang rakam video / gambar semasa ujian berjalan.. dah diberi warning awal-awal.

  •  Selepas itu di terangkan la apa ujian-ujian yang akan dijalankan, yang paling penting berat kena lebih 46 kg ,tinggi 153 (mandatoriii) sekali dengan BMI yang sepatutnya, gemuk kurus sangat,, say bye (aku tak cukup tinggi)hee
  •   Lepas tu, check mata, ujian warna, rabun.. haa.. bagi yang juling ape-ape tu,, dia test jugak ok.. juling pun out.. contact lens diharamkan (dia cek gak ni) dah lepas yang tu. Time tu tinggal 6 orang kalau tak silap, pas check mata.. aku da lulus da dua part tu, tibe-tibe sorang pegawai panggil.. cakap tinggi aku tak lepas… balik laa
     Selepas ujian tu, haa.. (aku da balik) tapi ada la info dari kawan aku yang still lagi kat situ ime tu. bagi yang gugulz.. get ready, aku pun malu nak cerita tapi kena pakai bra sahaja dengan seluar sinsing (dalam bilik bersama pegawai wanita) yang ni habis dia tilik,, sampai dalam mulut hang sekali.. gigi yang kurang/rongak lebih dari 2 batang (out) gigi palsu yg melebihi 2 batang (out) tangan, kaki, parut, tang ni memang habis dia check.. Kemudian aku difahamkan ada ujian kawad kaki..

   Da lepas part ni bermulalah ujian kecergasan, time ni kawan aku cakap tinggal 4 orang sahaja, kawan aku pun dah out, kes tangan dia rasanya. Yang ni kena panjat tali 16 kaki,agak senang kalau tahu taktik(yang paling susah sebenarnya pegawai tu cakap)

  •   Angkat berat 46 kg, then julang dan tegakkan tangga 90 darjah (ni kena angkat tangga bomba penyelamat, kena julang tarik tinggi-tinggi then tegakkan,)
  •  Dan last sekali, panjat tangga, 16.5 m, lebih kurang nak masuk 4 tingkat bangunan gak la,  tangga makin atas makin kecik, nak tengok gayat atau tak sebenarnya..


Kalau semua lepas, tahniah ^_^ , 

READY UNTUK INTERVIEW SETERUSNYA

4 comments:

  1. GOOD LUCK AWAK !!

    Jemput join giveaway Nurrul : http://youismysoul.blogspot.com/2015/03/giveaway-by-nurrul.html

    ReplyDelete
  2. wah. berpeluang dapat ujian fizikal dan kecergasan untuk pegawai bomba tu. :)

    ReplyDelete
  3. thanks all...tp awal da fail,,sbb pendek ;)

    ReplyDelete